GEORGETOWN, 12 Mac - Mayat terapung disyaki individu terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang ditemukan tersangkut pada sangkar ikan berhampiran Pulau Jerejak pada sekitar jam 4.25 petang tadi.Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) sejurus menerima aduan berhubung kejadian individu terjun jambatan di kilometer 5.2 Jambatan Pertama Pulau Pinang menghala ke Perai pada jam 3.35 petang semalam.Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Maritim Malaysia yang diwujudkan di Jeti Polis Marin Batu Uban telah menerima maklumat berkaitan penemuan mangsa.Berikutan itu, bot KILAT 26 dan aset agensi sahabat yang terlibat diatur gerak ke lokasi. Bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membawa mayat mangsa diiring bot KILAT 26 ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.Mangsa Ng Lian Peng, 55, dipercayai dari Bukit Mertajam telah meninggalkan sebuah motorsikal berserta dokumen pengenalan diri di tepi jalan sebelum terjun dari jambatan.Mayat disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setibanya di Jeti Polis Marim Batu Uban dan Polis Perai telah mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang berdasarkan pakaiannya sebeleum dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada agensi sahabat iaitu PPM Batu Uban, APM serta JBPM yang turut membantu dalam OP CARILAMAT ini.Operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang.Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil langkah terburu-buru sebegini sekiranya menghadapi sebarang masalah dan rujuklah kepada pihak yang berkaitan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.Orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan dan insiden kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera.
![]()
![]()
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.













.svg.png)

