PUTRAJAYA, 16 Mac – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som akan bersara wajib pada 19 Mac 2023 selepas menabur bakti selama 42 tahun menjaga keselamatan perairan negara.
Memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah ke-5 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bermula 19 Ogos 2019, Dato’ Mohd Zubil telah menerajui Agensi ini selama hampir 3 tahun 7 bulan selepas dilantik bagi mengambil alih tugas mantan Ketua Pengarah pada ketika itu iaitu Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar yang telah bersara wajib.
Pada ucapan beliau, Dato’ Mohd Zubil menekankan agar seluruh warga agensi ini sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Jangan sesekali diberi peluang kepada orang luar untuk mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan kita. Kita haruslah sentiasa memberikan yang terbaik meskipun pelbagai cabaran dan dugaan harus kita hadapi,
"Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga imej dan nama baik Agensi agar kita terus dipandang tinggi dan disegani sama ada daripada pihak kawan mahupun lawan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Bersama Warga Maritim Malaysia serta Perbarisan Paluan Berundur yang diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya hari ini.
Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah Logistik merangkap pegawai yang menanggung tugas sebagai Ketua Pengarah, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin.
Dato’ Mohd Zubil dalam pada itu turut menasihati seluruh pegawai dan anggota supaya sentiasa berintegriti ketika melaksanakan tugas khususnya ketika berada di lapangan.
“Sekiranya isu ini tidak dibendung, terus terang saya menyatakan bahawa mereka ini adalah ‘musuh dalam selimut’, ‘gunting dalam lipatan’. Ini kerana keselamatan negara telah dijual beli demi kepentingan diri sendiri,” katanya.
Bersempena program berkenaan, Dato’ Mohd Zubil serta isteri, Datin Nor Zaida binti Yazid telah menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh anggota Maritim Malaysia.
Dato’ Mohd Zubil kemudiannya mengadakan pemeriksaan kawalan KKU dan Platun Perbarisan di lokasi yang sama seterusnya menerima penghormatan pada upacara Street Lining.
![]()
![]()
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

