29
Ahd, Mac

Grid List

MARITIM NEGERI SELANGOR DAN KPDN LAKSANA OPERASI BERSEPADU DI PELABUHAN KLANG

13 KRU BOT KARGO KARAM DI PERAIRAN PULAU SERI BUAT BERJAYA DISELAMATKAN

MARITIM MALAYSIA BANTU PEMINDAHAN PESAKIT SAWAN DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL MERSING

MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT FIBER, ENAM WARGA ASING TANPA DOKUMEN SAH

MALAYSIA DAN INDIA PERKUKUH SINERGI KOORDINASI SAR MELALUI EKSESAIS DUA HALA

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

MARITIM MALAYSIA TAHAN TIGA NELAYAN WARGA ASING TANPA PERMIT KERJA DAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI

PELABUHAN KLANG, 3 JANUARI – Tiga warga asing ditahan tanpa dokumen pengenalan diri dan permit kerja ketika sedang melakukan aktiviti perikanan di atas dua Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, dua tangkapan itu dilakukan pada sekitar pukul 6.30 dan 7.00 petang semalam oleh kapal Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin operasi di perairan Selangor.

“Semasa rondaan, Kapal Maritim telah mengesan dua vesel berkenaan di kedudukan sekitar 8 hingga 9 batu nautika barat daya Pulau Tengah dan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dan memberi kerjasama semasa pemeriksaan dijalankan,"

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, kedua-dua vesel itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak di mana tiga orang adalah warganegara India berumur dalam 39 hingga 47 tahun dan seorang warga tempatan yang berumur 18 tahun,” jelas Muhaimin.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua warga asing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan permit kerja atau surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di atas bot berkenaan.

Kesemua mereka yang ditahan bersama hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan seberat 60 kilogram diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik tidak mengusahakan sendiri veselnya dan menggajikan warga asing tanpa kebenaran dan kes juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiga warga asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan penguatkuasaan serta akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di perairan negeri Selangor bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini,” tegas Muhaimin.

Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut, orang ramai boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 untuk maklum balas segera.

BOT PENUMPANG LAGI
 
BOT PENUMPANG LAGI3

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN, WARGA ASING TANPA DOKUMEN DICEKUP MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 3 JANUARI – Sebuah bot penumpang bersama seorang penumpang warga asing tanpa dokumen pengenalan diri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dalam satu operasi petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 1.3 batu nautika barat Pelabuhan Klang oleh bot ronda Maritim yang sedang melaksanakan rondaan OP EHSAN dan OP TIRIS di perairan Selangor.

“Kira-kira pukul 5.50 petang, sepasukan penguat kuasa Maritim Malaysia telah memeriksa sebuah bot penumpang yang sarat membawa penumpang dari Jeti Awam, Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Ketam,” jelas beliau.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh seorang warga tempatan berusia 28 tahun yang bertindak sebagai nakhoda.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen bot mendapati, bot berkenaan melanggar syarat lesen dengan membawa lebihan penumpang iaitu seramai 42 orang, berbanding syarat lesen dibenarkan membawa 34 penumpang,” kata Muhaimin.

Tambah beliau, seorang penumpang lelaki warganegara Indonesia berusia 35 tahun turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana melanggar syarat sah lesen, manakala penumpang warga asing tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot, kru dan penumpang warga asing berkenaan telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Abdul Muhaimin menegaskan, pengusaha bot penumpang perlu mematuhi semua syarat keselamatan dan peraturan operasi bagi mengelakkan tindakan undang-undang serta memastikan keselamatan penumpang sentiasa terjamin.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuai dan mengabaikan keselamatan awam di laut,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

BOT PENUMPANG LAGI
 
BOT PENUMPANG LAGI3

KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA DIPERAIRAN SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 31 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal minyak di perairan negeri ini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan atas aduan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Bot ronda yang bertugas telah diaturgerak ke lokasi kapal tersebut.

Jelas beliau, kapal tangki tersebut ditahan pada pukul 3.00 petang semalam di kedudukan 0.9 batu nautika barat Pelabuhan Klang. Pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang nahkoda bersama empat kru, kesemua mereka warga Indonesia yang berumur antara 21 hingga 59 tahun.

“Kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, walau bagaimanapun nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” tambah Abdul Muhaimin.

Beliau turut memaklumkan, perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan nahkoda kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Tegas Abdul Muhaimin, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang aktiviti di perairan Malaysia.

Beliau turut menyeru orang ramai, khususnya komuniti maritim, agar menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berhubung aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 03-8995 7820 untuk tindakan segera.

TANGKI SEL2

PADAH BAWA LEBIH MUATAN, MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT PENUMPANG DI PELABUHAN KLANG

PELABUHAN KLANG, 2 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan dua buah bot penumpang yang membawa lebihan muatan penumpang dalam satu operasi rondaan di perairan Pelabuhan Klang, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan oleh aset ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin rondaan keselamatan di perairan Selangor.

Menurut beliau, tangkapan telah dibuat sekitar pukul 5.30 petang dan 5.50 petang di kedudukan kira-kira 1.2 batu nautika barat Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, kedua-dua bot tersebut dikendalikan oleh seorang nahkoda dan seorang kru masing - masing, melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita, kesemuanya warga tempatan berusia antara 20 hingga 39 tahun,” katanya lagi.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat sah lesen dengan membawa lebihan penumpang.

“Kedua-dua bot masing-masing membawa 40 dan 42 penumpang, sedangkan jumlah maksimum penumpang yang dibenarkan mengikut syarat lesen hanyalah 32 dan 34 orang,” jelasnya.

Susulan itu, kedua-dua bot bersama kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Abdul Muhaimin menegaskan bahawa pengusaha bot penumpang dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen serta peraturan yang telah ditetapkan sebelum menjalankan operasi.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi bagi memastikan keselamatan orang awam dan harta benda sentiasa terpelihara,” katanya.

Maritim Malaysia turut mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa peka dan mematuhi syarat sah lesen yang telah ditetapkan, selaras dengan usaha memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terjamin.

Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau 999 untuk maklum balas segera.

BOT LEBIH PENUMPANG2
 
BOT LEBIH PENUMPANG3
 
BOT LEBIH PENUMPANG4
 
BOT LEBIH PENUMPANG5

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN

LUMUT, 31 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C kerana didapati melanggar syarat sah lesen apabila menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan tersebut dilakukan pada sekitar pukul 12.18 tengah hari di kedudukan kira-kira 7.23 batu nautika barat daya Pulau Buloh ketika Kapal Maritim (KM) NUSA sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga orang awak-awak warga Myanmar.”

“Kesemua awak-awak memiliki dokumen pengenalan diri (kad MRO), namun tekong didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk pemeriksaan,” ujar beliau.

Susulan itu, kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Negeri Perak memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, dan akan terus memperhebatkan rondaan serta penguatkuasaan di perairan negeri bagi membanteras pencerobohan dan aktiviti haram.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim diminta menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 untuk tindakan dan maklum balas segera.

VESEL PERAK
 
VESEL PERAK3
 
VESEL PERAK4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM TENGGOL

LANGKAWI, 11 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) TENGGOL yang berlangsung di ruang legar Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pagi tadi.

Majlis tersebut menyaksikan Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin secara rasmi menyerahkan tugas sebagai Pegawai Memerintah KM TENGGOL kepada pegawai yang baharu iaitu Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Abdul Rahman.

Majlis serah terima tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa bersama pegawai-pegawai kanan serta anggota kapal KM TENGGOL.

Dalam majlis tersebut, penghargaan turut dirakamkan kepada Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin atas komitmen, dedikasi serta kepimpinan beliau sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KM TENGGOL dalam memastikan kesiapsiagaan aset serta keberkesanan operasi penguatkuasaan di perairan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

Romli dalam ucapannya turut menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu di bawah Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Abdul Rahman akan terus memperkukuhkan keupayaan operasi KM TENGGOL dalam melaksanakan penugasan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di perairan Kedah dan Perlis.

Majlis tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan kesinambungan kepimpinan serta kecemerlangan operasi bagi menjamin keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

TENGGOL LGK2
 
TENGGOL LGK4
 
TENGGOL LGK5
 
TENGGOL LGK3

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC