14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

HASRAT SELUDUP PATI SEBELUM RAMADAN GAGAL, 78 DICEKUP

PELABUHAN KLANG, 31 JANUARI – Cubaan menyeludup masuk 78 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melalui laluan laut yang tidak diwartakan, dipercayai bagi mengelak tindakan penguatkuasaan sempena Ramadan dan Aidilfitri gagal, apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan sebuah bot pom-pom di perairan Sabak Bernam, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, sindiket terbabit dipercayai cuba membawa masuk PATI lebih awal sebelum Ramadan bagi mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

Bagaimanapun katanya, taktik tersebut tidak berhasil susulan tindakan Maritim Malaysia yang kini mempertingkatkan tahap rondaan dan penguatkuasaan di perairan negara.

Mengulas lanjut mengenai kes tersebut, Abdul Muhaimin berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat risikan yang melaporkan sebuah bot pom-pom dari Jeti nelayan Batu Bara, Indonesia disyaki membawa masuk sejumlah PATI ke perairan Selangor.

“Susulan itu, bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi dikenalpasti bagi melakukan pintasan,” jelas Abdul Muhaimin. Abdul Muhaimin memaklumkan, sekitar pukul 3.30 pagi, pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia berjaya menahan sebuah bot pom-pom di kedudukan kira-kira tiga batu nautika barat daya Sungai Air Tawar, Bagan Nakhoda Omar.

Katanya, sebelum pemeriksaan dijalankan, seorang individu dipercayai tekong bot bertindak terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua awak-awak bot dimana kedua-duanya berusia 40 tahun serta 78 PATI terdiri daripada 49 lelaki dan 29 wanita yang berumur 14 hingga 60 tahun dipercayai cuba masuk ke negara ini secara haram,” katanya.

Jelas Abdul Muhaimin, 78 PATI dan dua awak-awak bot yang ditahan merupakan warganegara Indonesia dan seorang diantara PATI lelaki adalah warganegara Bangladesh, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana keluar masuk negara melalui laluan tidak diwartakan dan tanpa dokumen sah, selain Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Kesemua suspek bersama bot yang dirampas telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, Abdul Muhaimin menegaskan Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pengoperasian dan penguatkuasaan di perairan negara, seiring gesaan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim agar setiap agensi penguatkuasaan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

“Maritim Malaysia bukan sahaja menumpukan usaha membanteras cubaan masuk atau keluar PATI secara haram, malah akan mempergiat tindakan terhadap sebarang bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, pemerdagangan manusia dan kegiatan jenayah terancang di laut,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah atau insiden di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

SEL PATI LAGI
 
SEL PATI LAGI3
 
SEL PATI LAGI5

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC