PELABUHAN KLANG, 16 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor menerusi Operasi Bersepadu selama tiga hari di perairan Pelabuhan Klang bermula 11 hingga 13 Mac 2026.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata operasi ini dilaksanakan dalam tiga fasa utama, bermula dengan sesi taklimat dan perkongsian ilmu berkaitan Akta Timbang dan Sukat 1972 oleh pegawai KPDN serta taklimat operasi oleh Pegawai Staf Operasi Maritim Negeri Selangor.
Fasa kedua melibatkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan di laut dengan penglibatan 61 anggota Maritim Negeri Selangor dan 67 anggota KPDN Negeri Selangor, menggunakan sebuah kapal dan dua bot Maritim Malaysia, dengan fokus terhadap kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sepanjang operasi dijalankan, 50 pemeriksaan dan 27 penggeledahan telah dilakukan ke atas Vesel Nelayan Tempatan (VNT), kapal tanker, bot barter trade, feri atau bot penumpang serta kapal kargo.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua buah VNT jenis bot fiber melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 serta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) yang membawa kepada penahanan kedua-dua vesel tersebut,” katanya.
Dalam masa sama, tiada kesalahan direkodkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, sekali gus menunjukkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan pengusaha maritim di sekitar perairan Pelabuhan Klang.
Fasa ketiga operasi diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup dan sidang media yang diadakan di atas KM BAGAN DATUK, disempurnakan oleh Kepten Maritim Abdul Muhaimin. Turut hadir Pengarah KPDN Selangor, Tuan Muhamad Hanif bin Asa’ari, bersama pegawai dan anggota kedua-dua agensi serta wakil media.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati dan bingkisan Hari Raya, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar serta majlis berbuka puasa.
Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

