KUANTAN, 13 MAC – Seorang pesakit lelaki yang mengalami sawan telah berjaya dipindahkan dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Mersing dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang, pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan telah menerima panggilan lebih kurang pukul 3.15 petang pada 12 Mac daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Tekek, yang memohon bantuan pemindahan pesakit berkenaan untuk dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing.
“Susulan permohonan tersebut, MRSC Kuantan telah menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang sebelum aset Bot PERKASA 1246 digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan pesakit berkenaan,” kata beliau.
Jelas beliau, percubaan awal untuk mengambil pesakit terpaksa ditangguhkan apabila bot berkenaan terpaksa berpatah balik susulan keadaan arus dan angin yang kuat yang boleh menjejaskan keselamatan kru serta operasi pemindahan.
Bagaimanapun, Bot Perkasa 1246 sekali lagi digerakkan kira-kira pukul 10.45 pagi tadi dan berjaya mengambil pesakit dikenali sebagai Muhammad Haiqal Raezan, 23, bersama seorang petugas kesihatan yang bertindak sebagai pengiring sepanjang proses pemindahan perubatan itu di Jeti Marina Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Bot berkenaan kemudiannya bergerak menuju ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading dan tiba dengan selamat kira-kira pukul 11.25 pagi.
“Pesakit seterusnya dibawa menaiki ambulans Hospital Mersing sebelum dihantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” tambah Laksamana Pertama Haji Mazlan.
Dalam pada itu, Laksamana Pertama Haji Mazlan turut berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim atau kecemasan di laut diminta menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

