KUANTAN, 2 OGOS – Seramai 68 pelatih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan 186 pelatih Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 telah berjaya menjalani latihan asas selama 10 bulan bagi melayakkan mereka menjadi pegawai dan anggota Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Gebeng, Pahang.
Sepanjang tempoh tersebut pelatih telah menjalani pelbagai latihan yang melibatkan kekuatan fizikal dan mental selain penerapan semangat berpasukan dan pengetahuan khusus dalam bidang pengoperasian kapal serta penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.
Setelah menjalani latihan berkenaan di AMSAS, para pelatih seterusnya akan ditempatkan di kapal-kapal Maritim Malaysia bagi meneruskan fasa latihan sambil kerja (OJT) selama tiga bulan sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
Ketika menjalani latihan tersebut, para pelatih akan didedahkan dengan aspek praktikal pengoperasian kapal yang melibatkan pandu arah am, komunikasi, mengawal kebakaran dan mencegah kerosakan kapal serta latihan pemeriksaan penggeledahan kapal dan bot.
Pada majlis yang sama, turut disampaikan penyampaian menyampaikan anugerah khas kepada empat orang pelatih terpilih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan empat orang pelatih Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 atas pencapaian yang cemerlang mereka semasa menjalani latihan. Anugerah dan nama pelatih adalah seperti berikut;
Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024
i . Anugerah Terbaik Keseluruhan - Leftenan Muda Maritim Muhammad Ishar bin Misran, berasal dari Jerantut, Pahang.
- Anugerah Terbaik Akademik - Leftenan Muda Maritim Haiqal Iqbal bin Zainudin, berasal dari Kuala Lumpur.
iii. Anugerah Terbaik Kawad - Leftenan Muda (M) Fazril Farhan bin Danial, berasal dari Johor Bahru, Johor.
- Anugerah Terbaik Sukan - Leftenan Muda Maritim Mohammad Zulkarnain bin Senik berasal dari Kuala Krai, Kelantan.
Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024
- Anugerah Terbaik Keseluruhan - Laskar Kelas II Maritim Muhammad Esma Ikhwan bin Esham berasal dari Ketereh, Kelantan.
- Anugerah Terbaik Akademik - Laskar Kelas II Maritim Junaidie bin Jusoh, berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.
iii. Anugerah Terbaik Kawad - Laskar Kelas II Maritim Mohamad Elhamsah bin Marsidi, berasal dari Kota Marudu, Sabah.
- Anugerah Terbaik Sukan - Laskar Kelas II Maritim Hilary anak Henry, berasal dari Sarikei, Sarawak.
Majlis anugerah berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini hari ini.
Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dan Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun.
Sejak penubuhan AMSAS, Maritim Malaysia telah berjaya membuat pengambilan Pelatih Laskar Kelas Dua Maritim (kelayakan SPM) seramai 2,789 orang yang mana 182 darinya adalah wanita. Pengambilan Pelatih Leftenan Muda Maritim (kelayakan Ijazah Sarjana Muda) pula adalah seramai 855 orang dan 65 darinya adalah wanita.
Pada masa ini, Maritim Malaysia sedang giat memperkukuh aspek keupayaan sumber manusia yang kini sudah mencapai lebih 90 peratus daripada 4,964 jumlah perjawatan penguat kuasa yang telah diluluskan dengan 491 perjawatan penguat kuasa akan di isi sepenuhnya menjelang tahun 2026.
Pertambahan anggota ini dilihat satu perkembangan positif seiring dengan pertambahan aset Maritim Malaysia yang dapat memperkukuhkan pengoperasian penguatkuasaan dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di sepanjang perairan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

















.svg.png)

