|
LATAR BELAKANG Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) amat penting bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Selain daripada itu, PSMM juga memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam akan kerjaya APMM sekaligus mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara APMM dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota penguatkuasa APMM. APMM telah merangka untuk membangunkan PSMM berorientasikan Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 (PPSMM 2040) yang antara lain telah menggariskan kerangka perancangan pembangunan, keupayaan dan aset Maritim Malaysia. MATLAMAT PENUBUHAN Matlamat penubuhan PSMM merupakan usaha strategik untuk mentransformasikan APMM dalam memastikan visi Agensi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim yang terbaik di dunia dicapai dengan jayanya yang mana ianya sebagai sumber sokongan modal insan dalam membantu agensi melaksanakan tugas. OBJEKTIF Objektif penubuhan PSMM ini adalah bertujuan untuk:
Kemudahan-Kemudahan - Elaun Kehadiran (Latihan dan Penugasan):
Saguhati Tahunan (Bounty) - Saguhati tahunan ialah elaun yang layak dibayar kepada anggota PSMM yang aktif menjalani latihan/ aktiviti dan dipanggil bertugas. Saguhati tahunan ini akan dibayar secara tahunan kepada anggota yang layak. - Dapat Pakaian Seragam (Uniform) percuma. - Dapat menyertai liputan perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS Khidmat) bawah PERKESO. Syarat Permohonan Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-
Fizikal:
Lain-lain kelayakan :
Cara Memohon Pengambilan akan diiklankan melalui media rasmi APMM. RUPA CARA BERPAKAIAN PASUKAN SUKARELAWAN MARITIM MALAYSIA (PSMM) |













.svg.png)

