SIARAN MEDIA
TAHAN BOT NELAYAN KELAS C, LANGGAR SYARAT SAH LESEN, KRU WARGA ASING TANPA DOKUMEN
TANJUNG MANIS, 19 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C pada jarak lebih kurang lima batu nautika dari barat laut Kuala Paloh, Sarikei pada jam 5.40 petang semalam, kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada had yang ditetapkan dalam buku lesen perikanan.