Sebagai pemimpin tertinggi sebuah agensi penguatkuasaan maritim di negara ini dan seiring reputasi ini, agensi sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi segala jurang hardware, software dan humanware yang wujud supaya agensi ini dapat melaksanakan peranan ini dengan berkesan. Usaha pencegahan (preventive) yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia dalam mendidik komuniti maritim tentang pentingnya kepatuhan, keselamatan (safety) dan keperluan menghormati perundangan negara terus dihargai.
Adalah menjadi harapan saya supaya orang ramai dapat memahami peranan kami dalam menjaga keselamatan perairan di ZMM dengan bekerjasama dan berganding bahu menjadi mata dan telinga agar perairan kita terkawal, aman dan selamat. Laman web ini menyediakan maklumat mengenai pegawai-pegawai yang boleh dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai maklumat yang dapat membantu kami dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Pengunjung juga berpeluang untuk mengemukakan cadangan kepada agensi ini melalui ruangan cadangan yang disediakan. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh mempertingkat dan memantapkan lagi maklumat di dalam laman web ini. Sekian, selamat melayari laman web rasmi Maritim Malaysia.
Laksamana Maritim Datuk Hamid Bin Hj Mohd Amin Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
|