17
Wed, Jun

Gred Dan Jadual Gaji

 

Pegawai Penguat Kuasa Maritim

Pangkat

Gred

Jadual Gaji

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Laksamana Pertama Maritim

T4

 RM6,634.00

RM12,268.00

Kepten Maritim

T22

 RM5,886.00

RM11,588.00

Komander Maritim

T20

RM5,167.00

RM10,978.00

Leftenan Komander Maritim

T18

RM4,169.00

RM10,413.00

Leftenan Maritim

T16

RM3,817.00

RM9,888.00

Leftenan Madya Maritim

T14

RM3,031.00

RM9,358.00

Leftenan Muda Maritim(Lantikan)

T13

RM2,329.00 

RM8,883.00

 

Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim

Pangkat

Gred

Jadual Gaji

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Pegawai Waran I Maritim

T12

RM3,667.00

RM7,341.00

Pegawai Waran II Maritim

T10

RM3,426.00

RM6,926.00

Bintara Kanan Maritim

T8

RM3,031.00

RM5,821.00

Bintara Muda Maritim

T6

RM1,711.00

RM5,199.00

Bintara Muda Maritim (Lantikan)

T5

RM1,711.00

RM5,199.00

Laskar Kanan Maritim

T4

RM2,187.00

RM4,307.00

Laskar Kelas I Maritim

T2

RM1,567.00

RM3,732.00

Laskar Kelas II Maritim (Lantikan)

T1

RM1,014.00

RM3,517.00

 

 

 

Program Pencegahan SAR

PROGRAM PENCEGAHAN SAR

Program pencegahan SAR adalah bertujuan untuk meminimumkan  kehilangan nyawa dan merendahkan kadar kemalangan, dan mengurangkan perbelanjaan sumber-sumber SAR dan risiko kepada orang awam.

a.  NELAYAN TEMPATAN
  
  i. Tumpuan adalah untuk memberi kesedaran bekenaan kepentingan  penggunaan jaket keselamatan semasa keluar ke laut.
  ii. Sesi taklimat atau ceramah akan diberi kepada komuniti nelayan tempatan. Selepas selesainya sesi taklimat dan ceramah, program untuk memeriksa pematuhan akan dilaksanakan dari masa kesemasa  dan ini akan diikuti dengan operasi penguatkuasaan.
  iii. Pemancing yang mengunakan bot kecil yang tidak tertakluk kepada peraturan “Boat Rules” adalah digalakkan untuk mempunyai jaket keselamatan demi keselamatan mereka semasa di laut.

b
.  PENGUSAHA FERI TEMPATAN
  i. Untuk pengusaha feri tempatan, program pencegahan SAR akan melibatkan aspek penguatkuasaan untuk memastikan semua pengusaha feri tempatan mematuhi segala peraturan berkaitan alat keselamatan kapal dan syarat lesen.  
  ii. Pemeriksaan akan diljalankan dari masa ke semasa dan operasi khas akan dilaksanakan sebelum dan semasa cuti panjang  perayaan dan cuti sekolah.
  iii. Pemancing yang mengunakan bot kecil yang tidak tertakluk kepada peraturan “Boat Rules” adalah digalakkan untuk mempunyai jaket keselamatan demi keselamatan mereka semasa di laut.

Program Kerjasama Antara Jabatan

Peranan Utama adalah :

1. Mengadakan mesyuarat kumpulan kerja SAR dengan agensi utama dan sokongan.
2. Mengekalkan dan memperkasa jaringan kerjasama dengan agensi-agensi carilamat serantau.
3. Melaksanakan SAREX (SAR eksesais) di setiap wilayah.
4. Penglibatan dalam Seminar SAR serantau.

Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS)

Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS)

 a.  

Konsep asas GMDSS adalah supaya pihak berkuasa SAR di pantai/darat, termasuk juga kapal-kapal yang berdekatan dengan kapal atau orang yang dalam kecemasan,  akan diberitahu  berkenaan kecemasan tersebut dengan pantas  supaya mereka boleh membantu  dalam operasi  mencari dan menyelamat (SAR)  yang dikoordinasikan tanpa kelewatan. GMDSS juga menyediakan komunikasi bagi keperluan tindakan segera (urgency) dan  keselamatan dan menyebarluaskan maklumat keselamatan laut.

b.

Di bawah GMDSS, semua kapal kargo 300 gross ton ke atas yang didaftarkan dan semua kapal penumpang yang terlibat dalam pelayaran antarabangsa perlu dilengkapi dengan peralatan komunikasi  radio yang mematuhi piawai antarabangsa seperti yang dijelaskan dalam sistem ini.

c.

Amaran palsu – Statistik telah menunjukkan bahawa banyak insiden amaran kecemasan GMDSS adalah palsu. Salah satu alasan sebab amaran kecemasan palsu adalah penggunaan peralatan GMDSS yang tidak betul oleh anggota yang tidak terlatih atau kurang terlatih. Ia juga mungkin disebabkan tiada pengalaman amali peralatan GMDSS di atas kapal oleh anggota terlatih. IMO telah mengeluarkan panduan bagi mengelak amaran palsu dan telah memperkenalkan satu piawai rekabentuk butang, yang bermakna butang kecemasan tersebut hendaklah dilindungi dan untuk diaktifkan mesti ditekan ke bawah untuk sekurang-kurangnya 3 saat. Terdapat masalah pada rekabentuk alat dan kelemahan latihan. EPIRB perlu sensitif, kerana ianya perlu boleh bebas terapung, dan sensitiviti ini kadang-kadang boleh menyebabkan berlakunya amaran palsu.

d.

Pemberitahuan dan Pembatalan Amaran Palsu – Kapal-kapal boleh menggunakan apa juga cara yang ada pada mereka untuk memaklumkan pihak berkuasa SAR sewajarnya, bahawa amaran kecemasan palsu telah terpancar dan hendaklah membatalkannya.

More Articles ...

Page 3 of 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON