1. Alat bantuan Navigasi
Sila pastikan anda membawa GPS ataupun kompas untuk membantu pelayaran anda yang melebihi dari 2 batu nautika dari persisiran pantai.
2. Peralatan Komunikasi
Peralatan komunikasi seperti radio VHF, lampu, telefon dan lokasi tanda suara serta rumah api amat penting untuk sebarang pelayaran. Sekurang-kurangnya dua peralatan komunikasi yang perlu dibawa seperti peralatan di sebelah dan telefon bimbit.
3. Lampu Suluh
Bawa lampu suluh dengan bateri dan mentol lampu.
4. Jaket Keselamatan
Selalu bawa jaket keselamatan yang bersesuaian dengan setiap orang yang menaiki bot anda. Sentiasa memakainya sepanjang pelayaran anda.
5. Peti Kecemasan
Perlu mengandungi bekalan ubat-ubat yang mencukupi untuk kecederaan yang kecil sahaja.
6. Alat pemadam Api
Sekiranya anda membawa enjin atau perkakas memasak di atas kapal/bot, pastikan sekurang-kurangnya ada alat pemadam api yang sesuai serta cara-cara menggunakannya. Pastikan juga ia diselenggarakan dengan baik.
7. Pencangkuk Bot (Boat Hock)
Ia boleh digunakan untuk memeriksa kedalaman air, menolak atau membantu memulihkan seseorang di atas kapal.