LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LABUAN, 5 Ogos Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika sedang mandi di perairan Labuan, berhampiran Jeti Nelayan Labuan pada jam 10.20 pagi oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan.

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Che Adnan bin Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan mengenai kehilangan remaja tersebut yang dikhuatiri lemas di jeti nelayan Labuan pada jam 3.45 petang semalam dan segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) sejurus menerima pengesahan kejadian tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat ini juga turut dibantu oleh beberapa agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ujarnya.

“Mangsa dikenali sebagai Mohd Hilmi Hamizan bin Ahmad Hassan berumur 16 tahun merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah SMK Labuan dikatakan 

mandi berhampiran jeti berkenaan, manakala dua lagi rakannya memnacing di jeti tersebut,”

Rakan mangsa menyedari kehilangan mangsa selepas gagal menemukan mangsa yang dikatakan mandi berhampiran jeti tersebut.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Nukleus, Labuan untuk proses bedah siasat.

“Maritim Malaysia, Zon Maritim Labuan mengambil berat akan isu keselamatan di laut yang melibatkan orang awam, pemancing dan bot-bot nelayan. Justeru, pihak APMM Labuan mengharapkan kerjasama dari orang ramai supaya membuat persiapan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca tidak menentu,” jelas beliau.

Komuniti maritim khususnya disarankan agar merujuk dan mendapatkan maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa sebelum turun ke laut. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Daerah Maritim Labuan di talian 087-427999”, jelas beliau.

SAR REMAJA LEMAS

SAR REMAJA LEMAS 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Labuan