10
Wed, Jun

MEMPERKASA SINERGI UDARA : KOMANDER STAR TEAM ADAKAN LAWATAN RASMI KE ATAS PENGARAH BAHAGIAN UDARA BOMBA

PUTRAJAYA, 4 JULAI – Dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara dan memperkasa kerjasama antara agensi penyelamat elit, Komander Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia, Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke atas Pengarah Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), YS PKPjB Dato’ Hj Norazam bin Khamis di Ibu Pejabat JBPM di sini, hari ini.

Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua agensi dalam mendokong aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keselamatan rakyat sebagai keutamaan, serta menyahut agenda reformasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke arah tadbir urus yang lebih efisien, responsif dan berimpak tinggi.

Pertemuan strategik ini memberi fokus kepada perancangan dan pelaksanaan latihan bersama yang lebih komprehensif antara STAR Team dan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), termasuk simulasi operasi udara, misi menyelamat berisiko tinggi dan pertukaran kepakaran taktikal.

Menurut Kepten Maritim Syuzefril, kolaborasi ini penting untuk memastikan kedua-dua pasukan bersedia menghadapi cabaran keselamatan dan penyelamatan.

Pertemuan turut menyaksikan sesi pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak sebagai simbol penghargaan dan komitmen terhadap kerjasama jangka panjang.

Turut mengiringi lawatan ialah pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Operasi Udara, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim serta Bahagian Sumber Manusia.

SINERGI UDARA3
 
SINERGI UDARA8
 
SINERGI UDARA5

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON