30
Sat, May

LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ABU BAKAR MARITIME BASE

KOTA TINGGI, 29 Oktober - Abu Bakar Maritime Base (ABMB) yang berdiri megah di atas batuan tengah sepanjang 316 meter, yang terletak 8 batu nautika dari tenggara Johor menerima Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Delegasi seramai 10 individu diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KDN, YBhg Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa diiringi oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som dengan menaiki dua pesawat AW139 Maritim Malaysia telah berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang jam 8.15 pagi dan mendarat di ABMB tepat jam 10 pagi tadi.

Lawatan kerja yang dilaksanakan itu lebih memberi fokus kepada kesiagaan semasa serta kekangan yang dihadapi oleh pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas di ABMB. Struktur yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan petugas seperti tapak pendaratan pesawat, rumah api dan jeti itu wajar diberi perhatian dari semasa ke semasa agar ianya kekal menjadi mercu kedaulatan perairan negara.

Selain dibawa meninjau struktur dan fasiliti ABMB, deligasi yang hadir turut mendapat taklimat menyeluruh oleh Pegawai Memerintah ABMB, Leftenan Komander Maritim Adzizul bin Latip. Turut serta dalam lawatan kerja rasmi tersebut ialah Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria serta beberapa lagi Pegawai Maritim dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

abmb 1    IMG 20211029 WA0017           
               
 IMG 20211029 WA0016   IMG 20211029 WA0023          
               
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON