27
Mon, Apr

ZON MARITIM TAWAU UJI FOKUS SERTA TAHAP KETEPATAN MENEMBAK ANGGOTA

TAWAU, 25 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau telah mengadakan Pertandingan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Api Kecil (UKMSK) bertempat di Lapang Sasar IPD, Jalan Kau Sing, Tinagat baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, UKMSK ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran warga zon dalam mengendalikan senjata api dan juga menguji fokus serta tahap ketepatan menembak pegawai dan anggota yang terlibat.

Acara yang berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Ogos ini telah melibatkan kesemua warga Zon Maritim Tawau termasuk anggota skim gunasama, dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin.

Para pengamal media setempat turut dijemput bagi memberi pendedahan mengenai kemahiran individu yang perlu dimiliki oleh penguat kuasa Maritim Malaysia ketika melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan ancaman.

Mengekalkan konsep pertandingan pada tahun lalu, acara individu dua kategori dipertandingkan iaitu 'precision' dan' rapid fire' yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu ‘beginner, 'medium' dan 'expert' dan seterusnya acara kemuncak 'falling plate group' di mana perlawanan antara wakil unit pejabat, unit kapal dan juga unit bot.

Program diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua yang terlibat dan majlis penyampaian hadiah dijangka akan disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman semasa Perhimpunan Bulanan Zon pada minggu hadapan. Tahniah kepada semua para pemenang yang berjaya.

 

TEMBAK TAWAU 211 
 
TEMBAK TAWAU 3
 
TEMBAK TAWAU 6
 
TEMBAK TAWAU 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON