KUCHING, 22 Februari – Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM SRI AMAN bertempat di ruang legar Ibu pejabat Maritim Negeri Sarawak pada Isnin, 19 Februari 2024.
Serah terima tugas telah diadakan di antara Pegawai Laksana KM SRI AMAN, Leftenan Maritim Mohd Aidil Mustakim bin Ismail yang sebelum ini memangku tugas sebagai Pegawai Memerintah KM SRI AMAN kepada Leftenan Komander Maritim Mohd Syathibi Helmi bin Mohd Suhaimi sebagai Pegawai Memerintah yang baharu.
Majlis disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.
Turut hadir dalam majlis itu ialah barisan Pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.