SUBANG, 13 Disember – Ketua Stesen Udara Maritim Subang (KSUMS), Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang siang tadi.
Ketibaan KSUMS bersama delegasi disambut mesra Pemangku Komander Pangkalan Udara Subang, Kolenal Yusri bin Jamari TUDM.
Lawatan kerja rasmi itu antara tujuannya adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara pasukan serta berkongsi pengalaman dalam hal-hal semasa berkaitan dunia penerbangan terutamanya dalam memastikan perairan negara kekal sejahtera dan selamat.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Skuadron Amphibious SUMS, Komander Maritim Muhammad Bin Saad.













