30
Tue, Apr

ZON MARITIM MIRI | KM RHU DAN KM JEPAK MELAKUKAN PELAKSANAAN PENENTUAN TAHAP KECEKAPAN KAPAL (PTKK)

MIRI, 20 September – KM RHU dan KM JEPAK telah melakukan Penentuan Tahap Kecekapan Kapal (PTKK) di Zon Maritim Miri oleh Seksyen Latihan Operasi (SLOP), Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Ibu Pejabat Maritim Malaysia dari 6 hingga 10 September 2023.

Dalam sesi ini, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria bertindak selaku Ketua Penilai semasa hari Penilaian Kesiagaan Operasi (ORE) yang diadakan pada 9 September 2023. Manakala latihan fasa di laut dan pelabuhan telah dilakukan pada 6 hingga 8 September 2023.

Tujuan PTKK dilaksanakan adalah untuk menilai tahap kesiapsiagaan warga kapal bagi menentukan keupayaan dan pengoperasian kapal merangkumi aspek pengendalian tatacara evolusi, peralatan dan langkah-langkah keselamatan semasa melaksanakan operasi di laut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Hj. Paing, melalui program yang dilakukan ini ia dapat meningkatkan tahap profesional dan kecekapan pegawai dan anggota di kapal sebagai persediaan untuk menghadapi segala bentuk cabaran di laut.

 

WhatsApp Image 2023 09 20 at 11.01.43 1
 
WhatsApp Image 2023 09 20 at 11.01.43 2
 
WhatsApp Image 2023 09 20 at 11.01.44
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON