SANDAKAN, 18 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjayakan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Zon Maritim Sandakan, pagi tadi.
Program dimulai dengan sesi perkongsian minda bertajuk “Jenayah Di Sempadan: Kemana Pergi Penguatkuasa?” oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy Y. Subbiah.
Objektif program ini adalah untuk memberikan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa khususnya dikalangan penjawat awam.
Program diakhiri dengan lafaz ikrar oleh warga Zon Maritim Sandakan dan sesi simbolik menandatangani dan penyerahan dokumen IBR oleh Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Bin Mohd Zuki dengan disaksikan oleh Pengarah SPRM Sabah.