18
Mon, May

ZON MARITIM MIRI ANJUR LATIHAN DAN UJIAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN SENJATA API

MIRI, 16 Ogos –  Zon Maritim Miri telah menganjurkan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) bertempat di Lapang Sasar BN 12 PGA, Lambir KM 18 Jalan Miri - Bintulu.

Latihan kali ini melibatkan seramai 11 pegawai dan 58 pegawai lain-lain pangkat yang menduduki ujian kompetensi kemahiran menembak.

Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api serta menilai kemahiran anggota dalam ketepatan penembakan.

Latihan ini  juga memberi ruang kepada Zon Maritim Miri untuk menguji kebolehoperasian senjata api dalam pegangan dan memastikan senjata api dapat berfungsi dengan baik.

Penekanan aspek keselamatan anggota dan senjata api adalah menjadi keutamaan sepanjang tempoh latihan agar anggota sentiasa waspada dan serius dengan mematuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan  bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Hj Paing merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan latihan menembak ini.

    WhatsApp Image 2023 08 16 at 2.25.20 PM
     
     WhatsApp Image 2023 08 16 at 2.25.19 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON