PUTRAJAYA, 28 Jun – Dua pegawai Maritim Malaysia telah menyertai Persidangan Pegawai Muda dan Kadet Antarabangsa tahun ini yang diadakan di Jepun bermula dari 22 hingga 26 Jun lalu.
Tujuan persidangan ini diadakan adalah sebagai pendedahan awal kepada pegawai muda dan kadet untuk bertukar-tukar pengetahuan, meningkatkan pengalaman berkaitan Coast Guard domain selain ilmu kepakaran secara tidak langsung membina hubungan baik di antara badan penguatkuasaan - Coast Guard serantau.
Leftenan Muda Maritim Khairul Anwar bin Ahamad dan Leftenan Muda Maritim Nor Fatin Farhani binti Jamal yang bertugas di Maritim Negeri Perak merupakan pegawai yang terpilih mengikuti persidangan ini.
Peserta lain yang menyertai persidangan kali ini ialah France Coast Guard, Philippines Coast Guard, United State Coast Guard, Canada Coast Guard College, serta Japan Coast Guard Academy
Persidangan ini juga merupakan platform kepada para peserta memperkenalkan diri, organisasi Coast Guard yang diwakili, mengetengahkan silibus pendidikan serta latihan Coast Guard masing-masing dan tidak terkecuali mempamerkan kebolehan dalam bidang sukan yang diminati.
Antara aktiviti lain yang dilakukan ialah para peserta dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di Jepun selaku tuan rumah dan mempelajari kebudayaan negara matahari terbit itu yang dihoskan oleh Japan Coast Guard Academy.