BINTULU, 19 Jun – Pada 16 dan 17 Jun lalu, Zon Maritim Bintulu telah terlibat secara langsung dengan program Raja Tenggiri Mukah 2023 yang mana program ini adalah acara tahunan di Daerah Mukah, Sarawak.
Menarik pada tahun ini, Zon Maritim Bintulu telah terlibat sepenuhnya iaitu dengan mengadakan reruai pameran dan juga taklimat kesedaran keselamatan kepada peserta-peserta yang terlibat, perasmian perlepasan kepada pemancing dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Perasmian Perlepasan kepada pemancing-pemancing telah dilakukan oleh Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah.
Manakala perasmian penangguhan pula dilakukan oleh Yang Berhormat Encik Royston bin Valentine Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian.
Seramai 11 Pegawai dan anggota daripada pelbagai kepakaran dan pangkat terlibat dalam reruai Maritim Malaysia dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik iaitu sesi kuiz kesedaran dan keselamatan maritim yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi hadiah t-shirt Maritim Malaysia.
Selain itu diadakan juga tayangan video pendek SAR dan keselamatan di laut.
Aset Maritim Malaysia iaitu KM TABAH ditugaskan untuk memantau keselamatan pemancing-pemancing di lokasi kawasan pertandingan sehingga 40 batu nautika dari pantai.
Pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan syarikat swasta terlibat sepanjang program dilaksanakan antaranya Pejabat Residen Bahagian Mukah, Polis Diraja Malaysia Daerah Mukah, Jabatan Penerangan, Jabatan Perikanan Malaysia, APM, RELA, LSS, MAG dan Persatuan Nelayan Sarawak.
.