KOTA KINABALU, 19 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menjalankan dua sesi pemeriksaan bersama pihak Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan Malaysia bertempat di Hotel Le Meredien Kota Kinabalu pada 13 dan 14 Jun 2023.
Sesi Pemeriksaan Bajet Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia ke -12 (RMK -12) Tahun 2024 Bagi Projek Pembangunan Fizikal dan Bukan Fizikal di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zul Hadi bin Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Ekonomi.
Dalam pada itu, Sesi Mesyuarat Pemeriksaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus (ABM) Tahun 2024 di bawah KDN turut diadakan dengan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Shahri bin Ahmad Shaharuddin, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.
Deligasi KDN dan MOF turut mengadakan lawatan ke KM ARAU, KM IKHLAS dan KM MEMMON di Kinabalu North Ship Yard pada 15 Jun 2023.