24
Wed, Apr

COVID-19 : 67 WARGA ZON MARITIM KUALA PERLIS TERIMA SUNTIKAN PERTAMA VAKSIN

KUALA PERLIS, 9 Mac – Selaras dengan pelaksanaan suntikan vaksin COVID-19 kepada semua petugas barisan hadapan, Zon Maritim Kuala Perlis hari ini telah selesai menerima suntikan vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia secara berperingkat bermula pada 1 Mac hingga 9 Mac bertempat di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau, Perlis.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, seramai 67 pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Perlis yang menggalas tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam memerangi pandemik COVID-19 telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech bagi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kesemua pegawai dan anggota yang telah mendapat suntikan dos pertama vaksin tersebut diberi tempoh masa selama 30 minit untuk pemantauan oleh petugas Klinik Kesihatan Kampung Gial. Kesemua mereka yang menerima vaksin didapati selamat dan tidak mengalami sebarang alahan atau kesan sampingan.

Sebelum itu, Zon Maritim Kuala Perlis telah menerima taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kuala Perlis, Dr. Suraya binti Mokhtar di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada 26 Februari lalu sebagai persediaan dan penerangan kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis bagi mendapatkan maklumat untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai masalah kesihatan atau alahan teruk serta kepentingan suntikan vaksin ini terhadap usaha-usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit tersebut.

Maritim Malaysia menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutamanya komuniti maritim untuk sama-sama mendaftarkan diri bagi pengambilan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera serta mengambil bahagian di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan virus tersebut.

“Lindung Diri, Lindung Semua”

 

WhatsApp Image 2021 03 23 at 12.01.52 PM     WhatsApp Image 2021 03 23 at 12.01.54 PM
     
 WhatsApp Image 2021 03 23 at 12.01.53 PM    

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON