23
Thu, Apr

13 KRU BOT KARGO KARAM DI PERAIRAN PULAU SERI BUAT BERJAYA DISELAMATKAN

MERSING, 13 MAC – Seramai 13 kru sebuah bot kargo yang karam akibat kebocoran di perairan berhampiran Pulau Seri Buat berjaya diselamatkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan sekitar pukul 8.30 malam sebelum disalurkan kepada Zon Maritim Mersing untuk tindakan segera.

Jelas beliau, sejurus menerima maklumat, bot ronda Maritim Malaysia iaitu Bot PENGGALANG 43 yang sedang melaksanakan rondaan dalam Op JAKSA, Op TIRIS 3.0 dan OP KHAS PAGAR LAUT telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemeriksaan mendapati bot kargo berkenaan telah karam. Bagaimanapun, kesemua 13 kru bot tersebut terlebih dahulu berjaya diselamatkan oleh sebuah bot pancing tempatan yang kebetulan berada berhampiran ketika kejadian,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan, kesemua mangsa kemudiannya dipindahkan ke Bot PENGGALANG 43 sebelum dibawa ke Jeti Awam Penyabong, Mersing untuk tindakan lanjut.

Jelas Komander Maritim Suhaizan, kesemua kru bot kargo berkenaan berumur antara 19 hingga 63 tahun merupakan warga tempatan, dilaporkan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti nelayan tempatan yang bertindak pantas membantu menyelamatkan mangsa sebelum pasukan Maritim Malaysia tiba di lokasi kejadian.

Katanya, tindakan pantas komuniti maritim tempatan membuktikan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan di perairan negara sentiasa terpelihara.

KARAM MERSING2
 
KARAM MERSING3

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON