23
Thu, Apr

MALAYSIA DAN INDIA PERKUKUH SINERGI KOORDINASI SAR MELALUI EKSESAIS DUA HALA

PUTRAJAYA, 12 MAC – Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya, Malaysia dan MRCC Chennai, India telah berjaya memuktamadkan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) secara dua hala.

Inisiatif strategik ini dilaksanakan khusus bagi memperkasakan kapasiti koordinasi serta menjamin ketangkasan respons terhadap insiden kecemasan maritim di zon tanggungjawab kedua-dua negara.

Eksesais selama dua jam ini menjadi medan kritikal dalam menguji keberkesanan saluran komunikasi rasmi, integriti penyaluran data, serta penyegerakan aset dalam mengendalikan operasi CARILAMAT secara bersepadu.

Latihan kali ini memfokuskan kepada dua simulasi kecemasan iaitu bermula dengan respon terhadap kegagalan struktur kapal dagang melibatkan 23 kru warga India di perairan Malaysia yang diselaraskan oleh MRCC Putrajaya sehingga selamat tiba di Pelabuhan Pulau Pinang.

Ia disusuli dengan operasi Pemindahan Perubatan (MEDEVAC) melibatkan kru warga Malaysia di perairan India, yang mempamerkan kecekapan MRCC Chennai dalam memacu bantuan perubatan segera serta evakuasi kritikal ke hospital di Chennai.

Keberhasilan SARCOMEX ini bukan sahaja membuktikan kepantasan tindak balas dan kualiti pengurusan insiden rentas sempadan, malah menjadi kayu ukur kepada tahap kesiapsiagaan aset SAR serta pematuhan penuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa.

Pencapaian ini sekali gus memperkukuh komitmen jitu kedua-dua negara terhadap keselamatan nyawa di laut dan kesejahteraan komuniti maritim serantau.

 

POMAR IND2
 
POMAR IND3
 
POMAR IND4
 
POMAR IND5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON