23
Thu, Apr

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MINIMUM KERAS BERNILAI HAMPIR RM200 RIBU

LABUAN, 17 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 540 karton minuman keras berjenama bernilai hampir RM200 ribu yang cuba dibawa keluar dari perairan Labuan tanpa cukai, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Izwanhadi bin Hj Idros berkata, bot terbabit memecut laju melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Walau bagaimanapun tindakan pantas anggota penguat kuasa Maritim Malaysia berjaya menyekat bot berkenaan dan merampas semua muatan.

“Bot PETIR 90 telah mengesan tiga buah bot mencurigakan sekitar pukul 8.15 malam, 0.4 batu nautika tenggara Pulau Papan, ketika menjalankan OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 3.0,”

“Ketika dihampiri, bot-bot terbabit cuba melarikan diri, menyebabkan berlaku aksi kejar-mengejar. Dua bot berpatah balik ke kawasan Methanol Labuan, manakala sebuah lagi tersadai di Pulau Balangkasan, dengan suspek dipercayai melompat dan melarikan diri ke pulau tersebut,” katanya.

Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemukan muatan sarat minuman keras. Tiada suspek ditemui semasa rondaan di sekitar pulau.

Bot dan muatan telah dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat. Kes disiasat di bawah undang-undang penyeludupan dan peraturan kastam.

Orang awam khususnya komuniti maritim digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di 087-427999 untuk tindakan segera.

ARAK LABUAN2
 
ARAK LABUAN3

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON