23
Thu, Apr

BOT TUNDA DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 28 JANUARI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda di kedudukan 5.1 batu nautika barat Kuala Kemena pada sekitar pukul 5.00 petang, atas pelbagai kesalahan semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP TIRIS 3.0, OP PERMAI 01/2019 dan OP PELANTAR MERAH 03/2023 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda yang sedang belayar menuju Kuala Kemena.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot tunda itu dikendalikan oleh lima kru warga tempatan termasuk nakhoda serta seorang kru warga Indonesia, kesemuanya dalam lingkungan umur di antara 20 hingga 58 tahun.

“Bot tunda yang disyaki itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Lembaga Perlesenan Perkapalan Dalam Negeri 1981 iaitu Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) yang sah tidak disimpan di atas kapal serta kesalahan di Akta komunikasi Dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh yang jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” tambah beliau.

Bot tunda berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat serta aduan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun insiden kemalangan di laut, boleh menyalurkannya secara terus ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau di talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

BOT TUNDA SWK2
 
BOT TUNDA SWK

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON