23
Thu, Apr

ZON MARITIM MIRI RAMPAS BOT FIBER MEMBAWA ROKOK PUTIH DAN MINUMAN KERAS TIDAK BERCUKAI DI PERAIRAN KUALA LAWAS

MIRI, 28 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Miri berjaya merampas sebuah bot fiber yang disyaki disalahgunakan dalam aktiviti penyeludupan rokok putih dan minuman keras tidak bercukai dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Lawas, baru-baru ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad memaklumkan, rampasan tersebut dilaksanakan sekitar pukul 1.40 pagi hari kejadian, susulan rondaan rutin bot Maritim Malaysia yang melaksanakan OP PERMAI dan OP TIRIS 3.0 di daerah berkenaan.

Ujar beliau, bot tersebut dikesan pada kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika tenggara Kuala Lawas, sebelum tindakan pemeriksaan dan rampasan dijalankan.

“Pemeriksaan ke atas sebuah bot fiber berwarna biru tanpa kru dan tanpa nombor pendaftaran mendapati, bot berkenaan membawa muatan disyaki seludup melibatkan 100 karton minuman keras pelbagai jenama dan 475 karton rokok putih pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai,” jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki melakukan kesalahan menyeludup masuk barang larangan tanpa cukai.

Kesemua barang rampasan yang dianggarkan hampir RM250 ribu telah di bawa ke Kompleks Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Khairol Anuar dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan pengoperasian, rondaan serta penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim demi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

SELUDUP ROKOK
 
SELUDUP ROKOK2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON