23
Thu, Apr

MAYAT MANGSA PELANGGARAN BOT DI SEMPORNA DITEMUI, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

SEMPORNA, 11 JANUARI – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang mangsa yang hilang dalam insiden perlanggaran dua buah bot penumpang di perairan Semporna Jumaat lalu, telah ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.00 pagi tadi.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mayat mangsa, Rosman bin Kandau, 24, ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 8.37 pagi di perairan Kampung Terusan Baru, iaitu kira-kira 3.4 batu nautika Tenggara Jeti Pelancong Semporna.

Mayat mangsa telah dibawa naik oleh bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Jeti Marin sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi bagi proses pengecaman dan mengesahkan identiti mangsa yang dicari.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 8.00 pagi pada 9 Januari, dua buah bot penumpang dilaporkan berlanggar pada jarak 0.3 batu nautika Timur Jeti Pelancong Semporna.

Insiden tersebut mengakibatkan empat individu termasuk juragan mengalami kecederaan, manakala mangsa hilang di laut.

Misi pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini telah meliputi seluas 17 batu nautika persegi sepanjang tempoh operasi.

Sebanyak tujuh buah aset laut telah digerakkan secara bersama melibatkan pelbagai agensi merangkumi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), JBPM, dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

MRSC Kota Kinabalu yang mewakili Pengarah Zon Maritim Semporna merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Agensi Sahabat yang terlibat atas komitmen dan kerjasama erat sepanjang operasi ini dilaksanakan sehingga mangsa berjaya ditemui.

LANGGAR BOT2
 
LANGGAR BOT3

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON