23
Thu, Apr

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS A TANGKAP IKAN TANPA LESEN SAH

LUMUT, 5 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A kerana melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa lesen yang sah, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan tersebut dilakukan kira-kira pukul 10.25 pagi di kedudukan lebih kurang 9.1 batu nautika barat laut Pulau Talang ketika Kapal Maritim (KM) TUGAU sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak warga tempatan,”

“Namun, pemeriksaan lanjut telah menemukan tiga lagi individu disyaki warga Myanmar bersembunyi di bahagian bawah bilik jentera tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Menurut beliau lagi, kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Negeri Perak menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang tegas dan berterusan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan penyalahgunaan lesen serta kemasukan warga asing tanpa dokumen yang sah.

Rondaan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negeri sentiasa terpelihara.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di 05-683 8737 bagi tindakan segera.

VESEL NEL PRK2
 
VESEL NEL PRK3
 
VESEL NEL PRK4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON