10
Wed, Jun

OPERASI CARILAMAT KESAN KRU BOT NELAYAN DIKHUATIRI JATUH LAUT DI TANJUNG KUBUNG DIAKTIFKAN

LABUAN, 24 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan telah menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang kru vesel nelayan yang dikhuatiri terjatuh ke laut di perairan Tanjung Kubung, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi Idros berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11.00 pagi daripada Pusat Operasi Zon Maritim Labuan.

“Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di kedudukan sekitar 7.8 batu nautika utara Tanjung Kubung.”

“Pihak Maritim Malaysia turut dimaklumkan usaha pencarian awal telah dilakukan oleh kru vesel nelayan terbabit, namun mangsa gagal ditemui,” jelas Izwanhadi.

Terdahulu, Mangsa dikenal pasti sebagai Rosli bin Awit, 49, warganegara Malaysia, dipercayai terjatuh ke laut kira-kira pukul 8.43 pagi tadi.

Susulan kejadian tersebut, Maritim Malaysia telah menggerakkan aset KM LAHAD DATU dan Bot PENGGALANG 24 ke lokasi kejadian dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) PSC 1 bagi melaksanakan operasi pencarian. pada pukul 12.40 tengah hari.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan 999 bagi membantu usaha pencarian mangsa.

CARILAMAT KL2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON