23
Thu, Apr

OPERASI MEDEVAC KRU BOT NELAYAN CEDERA PARAH DI PERAIRAN TANJUNG CHINCHIN, LANGKAWI

LANGKAWI, 15 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi telah melaksanakan satu operasi Medical Evacuation (MEDEVAC) melibatkan seorang kru bot nelayan asing yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka di perairan Tanjung Chinchin, Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, MRSC Langkawi menerima maklumat kejadian pada pukul 6.50 petang, memaklumkan seorang kru bot nelayan VNT KHF 1233, warganegara Thailand, mengalami kecederaan serius akibat terkena tali di kedudukan kira-kira enam batu nautika barat Tanjung Chinchin.

Susulan maklumat tersebut, tindakan segera telah diambil dengan pengaktifan prosedur operasi kecemasan. Bot PETIR 81 yang sedang berada dalam Perintah Operasi telah digerakkan pada pukul 7.10 malam ke lokasi insiden, manakala koordinasi awal turut dibuat dengan pihak hospital bagi penyediaan ambulans.

Pada pukul 7.35 malam, Bot PETIR 81 berjaya mengambil mangsa di lokasi kejadian sebelum membawa mangsa ke Jeti Maritim Malaysia Langkawi. Bot tersebut tiba di jeti pada jam 8.05 malam dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut. Mangsa telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans pada pukul 8.20 malam.

Mangsa dikenali sebagai Sucha, berusia 39 tahun, merupakan warganegara Thailand. Sepanjang operasi, mangsa telah diiringi oleh anggota bot Maritim Malaysia serta Pegawai Bertugas Harian bagi memastikan bantuan awal dapat diberikan dengan segera sebaik tiba di jeti.

Operasi MEDEVAC ini telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada pukul 8.30 malam dalam keadaan selamat dan terkawal.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak hospital dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas kerjasama pantas dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terpelihara.

MEDEVAC LGK4
 
MEDEVAC LGK3
 
MEDEVAC LGK

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON