23
Thu, Apr

MAYAT MANGSA DITEMUKAN, OPERASI PENCARIAN DAN PANGKALAN HADAPAN CARILAMAT DITAMATKAN

DARO, 13 DISEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) mangsa yang tercampak ke laut di Perairan Tanjung Sirik, Daro yang masuk hari ketiga hari ini, telah berjaya menemukan mayat mangsa kira-kira 3.5 Batu nautika barat laut dari Pantai Tekajong.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Anak Juing berkata, operasi yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu mayat telah berjaya ditemukan oleh nelayan yang turut serta dalam operasi pencarian.

“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Tekajong untuk pengesahan daripada Kementerian Kesihatan dan pengecaman identiti oleh ahli keluarga,” katanya lagi.

Mayat telah disahkan oleh ahli keluarga mangsa sebagai Aldin bin Rakli (59 tahun). Mangsa seterusnya dibawa oleh pihak polis ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.

Susulan daripada penemuan mayat mangsa tersebut,Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) dan operasi pencarian oleh aset-aset di lapangan ditamatkan pada jam 1.20 tengah hari.

Mahkos turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian ini terutamanya agensi sahabat dan nelayan serta penduduk kampung.

Maritim Malaysia juga ingin menasihatkan kepada semua komuniti maritim agar tidak turun ke laut ketika cuaca buruk dan sentiasa mematuhi prosedur keselamatan ketika berada di laut untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis (011-3572 8765) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2025 12 13 at 3.52.57 PM
 
WhatsApp Image 2025 12 13 at 3.53.12 PM
 
WhatsApp Image 2025 12 13 at 3.53.11 PM
 
WhatsApp Image 2025 12 13 at 3.53.29 PM

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON