10
Wed, Jun

TEKONG INDONESIA DISELAMATKAN SELEPAS VESEL HANYUT 10 HARI

KUCHING, 12 DISEMBER – Seorang tekong warga Indonesia berdepan detik cemas apabila vesel nelayan asing (VNA) yang dikendalinya hanyut hampir 10 hari sebelum terdampar di Jeti Telaga Air akibat kerosakan enjin, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, kejadian itu disedari penduduk Kampung Telaga Air, lalu menghubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching sebaik melihat vesel berkenaan merapat tanpa kawalan.

Sebaik sahaja menerima laporan MRSC Kuching, pasukan penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diatur gerak ke lokasi berkenaan seterusnya menemukan seorang tekong warga Indonesia berada di atas VNA tersebut dalam keadaan selamat namun keletihan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, vesel berkenaan kehabisan minyak dan mengalami kerosakan pada sistem gearbox serta peralatan navigasi,”

“Situasi itu menyebabkan tekong tersebut hanyut dan tidak dapat kembali ke negara asal,” katanya.

Berikutan itu, MRSC Kuching telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa sebelum tekong berkenaan diserahkan kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Bapak Hendy, untuk tindakan selanjutnya.

WhatsApp Image 2025 12 13 at 11.23.42 AM
 
WhatsApp Image 2025 12 13 at 11.23.43 AM

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON