23
Thu, Apr

KAPAL KARGO KARAM, 15 ANAK KAPAL BERJAYA DISELAMATKAN DI PERAIRAN TERENGGANU

KEMAMAN, 6 DISEMBER – Tindakan pantas dan koordinasi berkesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Kemaman berjaya menyelamatkan kesemua 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika pelayaran dari Lumut, Perak ke Vietnam awal pagi tadi.

Insiden yang berlaku kira-kira 59 batu nautika timur laut Merchang sekitar jam 1.00 pagi itu segera ditangani selepas Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mengaktifkan prosedur kecemasan dan mengarahkan kapal terbabit menghampiri daratan bagi meminimumkan risiko.

Susulan itu, kapal peronda Maritim Malaysia, KM Sebatik, diatur gerak ke lokasi dan melaksanakan pemindahan anak kapal dengan selamat di kedudukan kira-kira 5 batu nautika timur Kampung Jambu Bongkok. Kesemua mangsa berusia antara 21 hingga 54 tahun berjaya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman pada jam 6.05 petang untuk pemeriksaan kesihatan serta serahan kepada ejen.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Bin Hamzah, berkata kejayaan operasi menyelamat itu merupakan hasil kesiapsiagaan anggota serta keberkesanan rangkaian koordinasi SAR yang dilaksanakan.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap detik adalah kritikal dalam operasi seumpama itu dan tindakan pantas pasukan penyelamat telah memastikan nyawa kesemua mangsa dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan nyawa di laut kekal sebagai keutamaan dan menyeru semua pengusaha kapal agar mematuhi sepenuhnya aspek keselamatan serta menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kapal sebelum dan sepanjang pelayaran.

BOT KARGO KEMAMAN2
 
BOT KARGO KEMAMAN3
 
BOT KARGO KEMAMAN4
 
BOT KARGO KEMAMAN

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON