23
Thu, Apr

MARITIM GAGALKAN SELUDUP MINYAK, 34 TONG BAHAN API DIRAMPAS DI PERAIRAN PERLIS

KUALA PERLIS, 19 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 19 tong minyak petrol dan 15 tong minyak diesel bersubsidi ke negara jiran dalam satu operasi di kedudukan 0.05 dan 0.07 batu nautika dari selatan Pulau Ketam, Perlis, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom memaklumkan, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan dalam OP AMAN dan OP TIRIS 3.0 menerima maklumat risikan sebelum mengesan dua buah sampan kayu tanpa nombor pendaftaran bersama enjin bergalah dalam keadaan mencurigakan.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati, sampan terbabit yang dipercayai berpengkalan di Pulau Ketam itu ditinggalkan tanpa pemilik.

Namun setelah diperiksa, dianggarkan lebih 570 liter minyak petrol iaitu 19 tong minyak dan 450 liter minyak diesel iaitu 15 tong minyak yang dianggarkan 30 liter setiap tong telah dijumpai.

Kes disiasat di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (Pindaan 2021) dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki atau membawa keluar tanpa permit dan kebenaran dari pihak berkuasa.

Kesemua hasil rampasan yang dianggarkan berjumlah lebih RM40 ribu itu dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Tambah Nak Rong, rampasan yang dilakukan ini membuktikan pihak Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Kuala Perlis sentiasa komited membanteras aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi yang menjejaskan hasil negara.

Maritim Malaysia meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan 999 untuk maklumbalas segera.

MINYAK RAMPAS5
 
MINYAK RAMPAS2
 
MINYAK RAMPAS4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON