23
Thu, Apr

KAPAL TUNDA GAGAL PATUHI PERATURAN MARITIM DITAHAN

SIPITANG, 17 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah kapal tunda yang dikesan mencurigakan ketika melaksanakan OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 3.0 pada jam 1.50 petang, semalam.

Kapal tunda berwarna biru itu dikesan anggota Bot PENGGALANG 24 ketika kapal berkenaan menuju ke Jeti Petronas Chemical Fertiliser Sabah, Sipitang.

Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tunda itu disyaki melakukan beberapa kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, termasuk gagal mengemukakan dokumen kapal yang lengkap, berlayar tanpa Ketua Jurutera, tiada insurans kapal, tiada perjanjian kru, buku log pegawai tidak dikemas kini dan gagal mempamerkan sijil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Kapal tersebut kemudiannya telah diiring ke Jeti Maritim Labuan untuk tindakan lanjut oleh Seksyen Siasatan Maritim Malaysia.

Sementara itu Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros menegaskan, tindakan tegas diambil bagi memastikan keselamatan pelayaran dan pematuhan undang-undang maritim sentiasa berada pada tahap optimum.

Beliau turut berkata, Maritim Malaysia komited memperkukuhkan penguatkuasaan di kawasan perairan yang berisiko tinggi, khususnya kawasan industri dan laluan perdagangan.

Orang ramai diseru agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan melalui talian 087-427999 bagi membantu Maritim Malaysia mengekalkan keselamatan perairan negara.

 

KAPAL TUNDA SIPITANG

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON