23
Thu, Apr

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN KAPAL DAGANG BERSAUH SECARA HARAM

LUMUT, 17 November – Sebuah kapal dagang telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan negara berhampiran Pulau Buloh pada Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kapal berkenaan ditahan pada pukul 11.10 pagi pada kedudukan kira-kira 17.7 batu nautika barat daya Pulau Buloh.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia serta gagal memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia,” katanya.

Kapal dagang itu dikendalikan oleh 20 kru warga China, dan kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” jelas beliau lagi.

Sementara itu beliau turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Orang ramai turut diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

KAPAL DAGANG2
 
KAPAL DAGANG3
 
KAPAL DAGANG4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON