10
Wed, Jun

OPERASI CARILAMAT BOT PATI KARAM, SATU MAYAT DITEMUKAN

LANGKAWI, 15 NOVEMBER - Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) mangsa bot Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam di perairan sempadan Malaysia - Thailand telah memasuki hari ketujuh hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, operasi pencarian diteruskan bermula seawal pukul 7.30 pagi tadi dengan penglibatan aset KM TENGGOL, Bot PETIR 81, KD LAKSAMANA MOHAMMAD AMIN dan PSC 19 yang diatur gerak di sektor pencarian yang telah ditetapkan.

Jelas beliau, keadaan cuaca semasa operasi menunjukkan angin bertiup dari arah Barat Laut dengan kelajuan 30 hingga 40 kilometer sejam, manakala ketinggian ombak berada pada paras 1.5 hingga 2.5 meter.

“Laporan kaji cuaca turut mencatatkan ribut petir di beberapa kawasan dan situasi ini memerlukan semua petugas memberi perhatian penuh terhadap aspek keselamatan sepanjang berada di laut,” tambah Romli.

Keluasan sektor pencarian sepanjang enam hari lalu adalah seluas 1,355.13 batu nautika persegi dan melibatkan enam agensi iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

“Untuk operasi hari ketujuh ini, keluasan sektor pencarian adalah sebanyak 33.86 batu nautika persegi dengan pengoperasian empat aset sedia ada daripada Maritim Malaysia, PPM dan TLDM bagi mengoptimumkan penggunaan sumber,”

“Aset lain seperti JBPM, APM serta agensi sokongan berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu apabila diperlukan" ujarnya.

Terdahulu Romli memaklumkan, Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Langkawi telah menerima aduan daripada orang awam yang melaporkan tentang penemuan satu mayat lelaki yang terdampar di Pulau Singa Besar.

Susulan laporan tersebut, bot Kevlar milik JBPM telah diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia bersama semua agensi penyelamat terus komited melaksanakan operasi ini sehingga keseluruhan kawasan pencarian diterokai sepenuhnya.

“Kami mengutamakan keselamatan anggota di lapangan dalam keadaan laut yang mencabar, namun usaha mencari dan mengesan mangsa akan tetap diteruskan tanpa kompromi,” tegas beliau.

CARILAMAT TERBARU4
 
CARILAMAT TERBARU2
 
CARILAMAT TERBARU3




hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON