23
Thu, Apr

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DUA NELAYAN DIKHUATIRI HILANG MEMASUKI HARI KELIMA

BINTULU, 9 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua nelayan dilaporkan hilang selepas vesel yang dinaiki mereka terbalik di laut Tanjung Payung memasuki hari kelima.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi hari kelima ini melibatkan penglibatan agensi sahabat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Keluasan pencarian hari kelima meliputi keluasan seluas 57.80 batu nautika persegi dan jumlah keseluruhan keluasan sektor pencarian adalah sekitar 117.7 batu nautika persegi.

“Pasukan Selam APMM telah melakukan kerja-kerja selaman ke dalam kapal nelayan namun keaadan kapal nelayan yang terbalik dimana anjungan kapal tersebut telah terbenam didalam selut lumpur menyebabkan kerja-kerja menyelam terpaksa dihentikan.

Di samping itu, keaadan arus bawah laut yang deras serta jarak penglihatan kosong, Zero Visibility, menyukarkan kerja-kerja selaman” katanya lagi.

Kerja-kerja untuk mengapungkan kapal nelayan akan dilakukan pada esok hari, sebelum Pasukan Selam APMM dan Pasukan Selam JBPM melakukan kerja-kerja selaman untuk mengesan petunjuk sekiranya mangsa terperangkap di dalam kapal.

Operasi pada hari kelima ini telah melibatkan penglibatan seramai 47 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi serta 10 orang nelayan. Sebanyak dua aset dari APMM, satu aset dari JBPM dan satu buah kapal nelayan telah diaturgerak untuk melakukan pencarian.

Maritim Malaysia turut menasihatkan semua komuniti maritim agar tidak keluar ke laut ketika cuaca buruk, serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan dan undang-undang pelayaran bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432 544 untuk tindakan segera.

CARILAMAT BNT4
 
CARILAMAT BNT2
 
CARILAMAT BNT3

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON