23
Thu, Apr

BOT PAM GUNA BAHAN LETUPAN DITAHAN DI PERAIRAN KUNAK

LAHAD DATU, 27 OKTOBER — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah bot pam yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan di perairan Pulau Tabawan, Kunak petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat risikan kira-kira pada jam 4.30 petang di kedudukan 0.45 batu nautika timur laut Kampung Kunak Jaya, dalam OP PLUTO TIMUR 2/2013 dan OP TRISULA 3.0.

“Sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, dua lelaki dewasa yang berada di atas bot pam terbabit bertindak terjun ke laut dan berenang ke arah pesisir pantai berhampiran bagi meloloskan diri,” katanya lagi.

Pemeriksaan terhadap bot pam tersebut menemukan ikan pelbagai jenis dianggarkan seberat 10 kilogram, dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan. Bot berkenaan turut didapati tiada nombor pendaftaran.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan.

Bot pam tersebut ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

 

BOM IKAN KUNAK
 
BOM IKAN KUNAK2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON