23
Thu, Apr

DUA WARGA ASING DITAHAN DALAM OPERASI KHAS MARITIM MALAYSIA DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

LUMUT, 20 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya telah melaksanakan Operasi Khas di sekitar perairan Sungai Kampung Baru, pada 18 Oktober (Sabtu).

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi ini dijalankan bagi mengesan dan mengekang kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan pematuhan undang-undang di perairan negeri ini.

Operasi yang melibatkan seramai 40 anggota, terdiri daripada 29 anggota Maritim Malaysia dan 11 anggota JIM.

Sebanyak 11 pemeriksaan dilaksanakan menggunakan tiga bot ronda Maritim Negeri Perak sepanjang operasi berlangsung.

Dalam operasi tersebut, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan dan memeriksa beberapa sangkar ikan yang disyaki menempatkan pekerja asing.

Dalam pemeriksaan itu, dua lelaki warga asing telah ditahan masing-masing seorang warga Indonesia dan seorang warga Myanmar. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kedua-dua suspek telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, operasi khas ini bukan sahaja memperkukuh pelaksanaan undang-undang maritim, malah mengeratkan kerjasama strategik antara agensi dalam usaha membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin serta memastikan keselamatan perairan negeri Perak sentiasa terkawal.

Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan negeri ini kekal selamat dan bebas daripada sebarang ancaman keselamatan serta pelanggaran undang-undang.

Orang ramai, khususnya komuniti maritim, diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6832254 untuk tindakan segera. 

JIM APMM TAHAN
 
JIM APMM TAHAN3
 
JIM APMM TAHAN4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON