23
Thu, Apr

TINDAKAN PANTAS MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN BOT PAM TERBAKAR

LAHAD DATU, 12 OKTOBER – Kecekapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menyelamatkan dua individu selepas sebuah bot pam terbakar di bahagian enjin ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Perikanan Lahad Datu, semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kejadian berlaku ketika aset Maritim Malaysia sedang menuju ke jeti selepas melaksanakan operasi di perairan Telukan sebelum mengesan kepulan asap dan api dari sebuah bot pam berhampiran.

“Pasukan bertindak pantas memberikan bantuan awal bagi mengawal api dan memastikan dua individu di atas bot, dikenali sebagai Ishara binti Mansor dan Mizfar, berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Api berjaya dikawal hasil tindakan pantas anggota di lokasi, sebelum bot pam tersebut diiring bersama bot tahanan hasil operasi ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Komander Dzulfikhar menasihatkan komuniti nelayan agar sentiasa memeriksa keadaan bot, khususnya enjin, pendawaian dan penyimpanan bahan api bagi mengelakkan risiko kebakaran di laut.

Dalam operasi sama, sebuah vesel pukat jerut turut ditahan selepas dikesan beroperasi terlalu hampir dengan daratan iaitu pada jarak 0.9 batu nautika selatan Tanjung Melandong.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel dikendalikan seorang tekong tempatanberusia32tahun bersama dua kru warga tempatan berumur 18 dan 31 tahun.”

“Pemeriksaan lanjut menunjukkan vesel tersebut melanggar syarat lesen di bawahAktaPerikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadapmana-mana pengusaha nelayan yang melanggar syarat lesen, terutamanya mereka yang beroperasi di kawasan larangan.

“Peraturan jarak operasi ditetapkan bagi melindungi ekosistemmarin danmemastikansumber perikanan negara kekal mampan,” tegas beliau.

Maritim Malaysia turut menyeru komuniti maritim untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau WhatsApp di talian 016-9305727 (Zon Maritim Lahad Datu) bagi tindakan segera.

 

BOMPAM TERBAKAR
 
BOMPAM TERBAKAR2
 
BOMPAM TERBAKAR4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON