10
Wed, Jun

KAPAL KARGO ASING DITAHAN BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN MELAKA

MELAKA, 12 OKTOBER – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal kargo asing kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan barat daya Pulau Undan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, kejadian dikesan selepas Sistem Pengawasan Maritim (SWASLA) Lumut mengesan satu kontek mencurigakan di kedudukan kira-kira 3.9 batu nautika barat daya Pulau Undan, Melaka.

Susulan maklumat tersebut, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP MURNI telah diarahkan ke lokasi bagi tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal kargo berkenaan disyaki melakukan kesalahan tidak melaporkan ketibaan serta bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” jelas beliau.

Kapal kargo tersebut yang dikendalikan oleh sembilan kru warga China dan dua kru warga India telah ditahan sekitar pukul 10.10 malam.

Dua kru kapal telah dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Maritim Malaysia menasihatkan semua pengusaha kapal supaya mematuhi peraturan pelayaran dan mendapatkan kebenaran rasmi sebelum bersauh atau beroperasi di perairan Malaysia.

 

KARGO MELAKA
 
KARGO MELAKA2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON