23
Thu, Apr

VESEL KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 12 OKTOBER – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas didapati melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penahanan dilakukan sekitar 12.45 tengah hari di kedudukan kira-kira 8.8 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika kapal Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan bersama empat awak-awak warga Myanmar.”

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati kru asing terbabit bekerja tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, manakala dua daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kesemua kru bersama vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di perairan negeri ini bagi memastikan aktiviti perikanan dijalankan mengikut undang-undang serta bagi melindungi sumber hasil laut negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

 

VNT PERAK2
 
VNT PERAK3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON