23
Thu, Apr

MANGSA BOT KARAM DI KG TEBING RUNTUH DITEMUI MENINGGAL DUNIA

NUSA JAYA, 7 OKTOBER – Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang lelaki yang hilang selepas bot fiber dinaikinya karam di perairan Kampung Tebing Runtuh, Nusa Jaya semalam berakhir tengah hari tadi apabila mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.

Mangsa, Al Faizar bin Abdul Muiz, berumur 43 tahun, warganegara Malaysia, dilaporkan ditemui oleh nelayan yang turut membantu dalam usaha pencarian kira-kira 700 meter dari lokasi bot karam, berhampiran kawasan rumah kelong sekitar jam 1.00 tengah hari.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Kampung Tebing Runtuh oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum diserahkan kepada IPD Iskandar Puteri untuk dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tindakan lanjut.

Operasi CARILAMAT yang diselaraskan oleh Maritim Malaysia Negeri Johor melalui bot PERKASA 42 sebagai On Scene Commander (OSC) turut melibatkan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta bantuan komuniti nelayan setempat.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil, pihaknya menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua agensi yang terlibat sepanjang operasi dijalankan.

“Pihak Maritim Malaysia Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat serta komuniti setempat yang membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa atas kehilangan ini,” katanya.

Operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.00 petang selepas mangsa ditemui.

Maritim Malaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa mengutamakan keselamatan di laut dengan memakai jaket keselamatan serta memeriksa keadaan cuaca sebelum memulakan sebarang aktiviti perairan.

 

MANGSA TEBING
 
MANGSA TEBING2
 
MANGSA TEBING4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON