22
Wed, Apr

CUBA SELUDUP DALAM GELAP, ROKOK TIDAK BERCUKAI DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

PASIR PUTEH, 2 OKTOBER – Maritim Negeri Kelantan berjaya menumpaskan satu cubaan penyeludupan rokok tidak bercukai selepas menahan sebuah bot fiber tidak berdaftar yang membawa sejumlah besar rokok seludup di perairan Kuala Kemasin, Bachok sekitar pukul 3.00 pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan ini merupakan hasil daripada maklumat risikan dan atur gerak aset yang sedang membuat rondaan dalam pelaksanaan OP NAGA, OP DAMAI dan OP TIRIS di perairan negeri ini.

Tambah beliau, hasil atur gerak tersebut anggota penguatkuasa telah berjaya mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan dan bergelap menuju ke muara Kuala Kemasin.

Namun, atas faktor keadaan gelap ia telah menyukarkan pencarian awal oleh aset maritim yang ketika itu berada lebih kurang satu batu nautika dari lokasi serta ditambah laluan sungai yang agak cetek memerlukan aset maritim bergerak secara berhati-hati.

Hasil pemantauan berterusan akhirnya bot berjaya ditemui ditinggalkan di tebing sungai.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada individu berada di kawasan penemuan dan disyaki suspek telah melarikan diri sebelum kehadiran pihak berkuasa.

Pemeriksaan lanjut menemui 55 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi rokok putih yang disembunyikan dalam bot fiber berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran. Bot tersebut disyaki digunakan untuk membawa masuk barangan tidak bercukai secara haram ke negara ini.

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM400 ribu yang merangkumi satu bot fiber tidak berdaftar dan 55 bungkusan rokok putih. Semua barang rampasan termasuk bot telah dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Kelantan sekitar pukul 7.00 pagi pada hari Selasa untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barangan tidak bercukai dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana memiliki bot yang tidak berdaftar.

Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Kelantan akan terus komited dan agresif dalam membanteras kegiatan penyeludupan serta jenayah maritim demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

KELANTAN SELUDUP4
 
KELANTAN SELUDUP2
 
KELANTAN SELUDUP3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON