10
Wed, Jun

VESEL NELAYAN ASING TERAPUNG, EMPAT WARGA INDONESIA DITAHAN

PULAU PINANG, 25 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah vesel nelayan asing (VNA) bersama empat kru warga Indonesia di kedudukan 38.1 batu nautika barat daya Pulau Kendi, Selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, penahanan dibuat selepas Kapal Maritim (KM) SEMILANG yang sedang melaksanakan rondaan operasi mengesan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran berapung di perairan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan empat kru termasuk tekong berusia antara 20 hingga 30 tahun.”

“Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya lagi.

Tambah beliau, bot berkenaan dipercayai berasal dari Pantai Labu, Medan, Indonesia dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

Kesemua kru ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki Malaysia tanpa pas yang sah serta Akta Perikanan 1986 Seksyen 15(1)(a) kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit.

VNA bersama kru terbabit dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

 

VNT LESEN

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON